Seremban Sentral GDV RM2 bilion jana RM300 juta setahun
- Ridhwanisme
- 15 minutes ago
- 1 min read

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
Transformasi Seremban melalui Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD)
Projek Seremban Sentral (GDV RM2 bilion) dijangka menjadi pemacu pertumbuhan bandar dengan fungsi sebagai hab moden bersepadu.
Pendekatan TOD mengintegrasikan pengangkutan awam dengan pembangunan komersial, kesihatan, kediaman dan gaya hidup untuk meningkatkan aliran mobiliti serta nilai hartanah.
Impak Ekonomi Utama kepada Negeri Sembilan
Menjana sehingga RM300 juta hasil perniagaan setahun dalam sektor perkhidmatan, peruncitan, logistik, pelancongan, penjagaan kesihatan dan gaya hidup.
Menyediakan 2,500 peluang pekerjaan baharu, mengurangkan kebergantungan kepada sektor tradisional dan meningkatkan pendapatan tempatan.
Menjana kira-kira RM15 juta pendapatan bulanan kepada tenaga kerja dan peniaga ekosistem pembangunan.
Komponen Fasa Pertama (Siap 2030)
Sunway Medical Centre Seremban
Hospital 250 katil, keluasan 480,000 kaki persegi.
Hospital pertama di Negeri Sembilan dibina bersebelahan Stesen Keretapi Seremban.
Pusat Beli-belah Baharu
1.2 juta kaki persegi; bakal menjadi pusat komersial utama.
Menara Pejabat
300,000 kaki persegi; menawarkan ruang kerja moden untuk perusahaan dan startup.
Fasa Kedua (2029 - 2039)
Termasuk pembangunan kediaman, komersial dan apartmen servis (3.2 juta kaki persegi).
Dibangunkan secara berperingkat mengikut permintaan pasaran dan pertumbuhan bandar.
Nilai Pemeliharaan Warisan dan Identiti Bandar Seremban
Naik taraf Seremban Yard sebagai bangunan kolonial bersejarah.
Penyusunan semula Heritage Market sebagai tarikan budaya dengan ruang perniagaan lebih teratur.
Mengekalkan pokok-pokok matang untuk mengekalkan karakter landskap asal.
Kepentingan Strategik kepada RAC & Sunway
Sunway dan RAC bekerjasama sebagai rakan strategik jangka panjang bagi memacu pertumbuhan mampan.
Menjadikan kawasan sekitar stesen sebagai pemangkin pembangunan bersepadu yang mampu menarik pelaburan baharu.
Dagang News | Haziq Hakimi





Comments