top of page

Semua projek RMK-12 mesti siap ikut jadual - Agong


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa supaya semua program dan projek yang bakal dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) perlu disiapkan mengikut jadual.


Baginda bertitah, semua projek juga perlu mematuhi kualiti yang ditetapkan supaya dapat memberi manfaat kepada rakyat.


"Bagi menjamin kesejahteraan masyarakat luar bandar pula, tumpuan perlu diberikan kepada penyediaan infrastruktur luar bandar yang lebih baik dan berkualiti.


"Ketidakseimbangan pembangunan dan ekonomi antara kelas pendapatan, wilayah dan negeri serta antara semua etnik seperti Orang Asli dan lain-lain perlu dikurangkan bagi memastikan kemakmuran negara dinikmati semua secara adil," titah baginda ketika merasmikan Istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14, hari ini.


Baginda turut membangkitkan keperluan penyediaan tempat tinggal yang selesa dan kondusif untuk rakyat.


Titah baginda, penyediaan tempat tinggal perlu diperluaskan melalui penyediaan bantuan bina baharu dan pembaikan rumah yang uzur terutama kepada golongan miskin serta kurang berkemampuan supaya mereka dapat menjalani kehidupan lebih sejahtera.


Selain itu, baginda bertitah, akses kepada perumahan perlu diberi keutamaan melalui pelbagai inisiatif yang lebih mesra pendapatan seperti penyediaan Rumah Mampu Milik (RMM) dan kaedah pembiayaan perumahan bagi kumpulan B40 dan M40.


"Strategi perumahan yang konklusif, praktikal dan mampan perlu dirangka melalui libat urus dengan semua pihak berkepentingan secara konsisten.


"Pembabitan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hendaklah diteruskan dalam usaha menyediakan perumahan kepada golongan yang memerlukan sebagai tanggung jawab sosial terhadap masyarakat," titah baginda.


Dalam mendepani cabaran urbanisasi pula, baginda menyambut baik program Aspirasi Malaysia Berdaya Huni bagi mengukur tahap kesejahteraan rakyat melalui Indeks Daya Huni Malaysia (iDAM).


"Indeks ini akan menjadi pengukur tahap kesejahteraan berimpak tinggi kepada semua lokaliti pada peringkat pihak berkuasa tempatan dan menjadi instrumen dasar ke arah menilai kemampanan bandar.


"Tadbir urus perbandaran melalui penggunaan teknologi digital dalam pengurusan, perancangan dan pembangunan bandar perlu dipelbagaikan.


"Usaha menyediakan penyelesaian langsung kepada masalah fizikal, ekonomi dan sosial yang dihadapi penduduk juga perlu terus dipergiatkan," titah baginda.


Sumber: Berita Harian

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page