Sebahagian siling di wad kecemasan Hospital Kluang runtuh


KLUANG 19 Mac - Sebahagian siling berdekatan kawasan tempat menurunkan pesakit di bahagian Wad Kecemasan Hospital Enche Besar Hajah Kalsom (HEBHK) Kluang, di sini dilaporkan runtuh petang tadi.


Pengarah HEBHK Dr Azura Abu Bakar berkata kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.50 petang itu, tidak membabitkan sebarang kecederaan kerana tidak ada pesakit, pelawat atau staf hospital berhampiran kawasan berkenaan.


Katanya, kejadian itu berlaku tiba-tiba sahaja kerana semasa kejadian cuaca elok dan kini punca kejadian siling runtuh masih dalam siasatan pihak hospital.


“Buat masa ini kerja-kerja  pembersihan juga sedang giat dijalankan dan operasi serta perkhidmatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma juga berjalan seperti biasa.


“Begitu juga dengan semua ambulans yang diletakkan berhampiran kawasan kejadian juga tidak mengalami sebarang kerosakan dan boleh beroperasi seperti biasa,” katanya kepada pemberita, hari ini.


Jelasnya lagi, orang ramai tidak perlu risau kerana ia membabitkan kerosakan kecil dan kawasan lain di hospital tidak terlibat dengan insiden yang berlaku ini. - BERNAMA


Sumber: Utusan Online


#evolusibina #Kluang #runtuhan

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.