top of page

Sarawak perlu pekerja, kontraktor mahir


Sarawak perlu pekerja, kontraktor mahir Sarawak Voice www.sarawakvoice.com
Gambar hiasan: Sarawak perlu pekerja, kontraktor mahir

KUCHING: Premier Sarawak menjelaskan Sarawak memerlukan pekerja serta kontraktor tempatan mahir bagi memenuhi permintaan tenaga kerja susulan pembangunan pesat yang sedang berlaku di negeri ini.


Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menekankan bahawa Sarawak juga perlu bersedia sepenuhnya dengan tenaga kerja tempatan sekiranya berlaku krisis serupa seperti pandemik Covid-19.


Untuk itu, Sarawak Energy dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) untuk program melahirkan pekerja pembinaan yang mahir dan bagi mewujudkan amalan terbaik pembinaan di negeri ini.


Jelasnya, kerjasama terbabit meliputi latihan, penilaian dan akreditasi operator kren, 200 scaffolder dan p80 penyelia tapak untuk 20 projek Sarawak Energy oleh CIDB.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sarawak Energy dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Selasa.


Abang Johari berkata, kerjasama strategik membabitkan Sarawak Energy dengan CIDB menerusi MoU berkenaan merupakan langkah tepat bagi meningkatkan kemampuan pekerja dan kontraktor tempatan di sini.


“Kerjasama ini dijangka akan mempercepat sektor tenaga Sarawak dan pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan,” katanya


“Keperluan itu begitu ketara ketika pandemik Covid-19 melanda apabila kita berdepan masalah kekurangan pekerja disebabkan pekerja asing tidak datang sehingga projek tergendala,” katanya.


Sumber: Sarawak Voice

 
 
 

Commentaires


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page