top of page

Sapura Energy dapat lanjutan kontrak RM580 juta di Brazil


Sapura Energy dapat lanjutan kontrak RM580 juta di Brazil Berita Harian www.bharian.com.my
Kapal sokongan pemasangan paip (PLSV) Sapura Esmeralda

KUALA LUMPUR: Syarikat usaha sama Sapura Energy Bhd di bawah segmen pembinaan dan kejuruteraannya (E&C), Sapura Navegacao Marítima SA diberikan lanjutan dalam kontrak pajakan dan perkhidmatan daripada Petroleo Brasileiro SA di Brazil.


Sapura Energy dalam satu kenyataan hari ini berkata kontrak itu diberikan kepada Sapura Navegacao Marítima membabitkan sambungan selama dua tahun bagi kapal sokongan pemasangan paip (PLSV) Sapura Esmeralda bernilai RM580 juta.


Sapura Navegacao Marítima adalah anak syarikat milik penuh Seabras Sapura Participacoes SA, sebuah syarikat usaha sama antara Sapura Offshore Sdn Bhd dan Seabras Servicos De Petroleo SA.


"Skop kerja kontrak merangkumi penyediaan perkhidmatan serta pajakan pemasangan dan pemulihan paip fleksibel di perairan Brazil pada kedalaman air maksimum 2,500 meter.


Tempoh kontrak dua tahun untuk Sapura Esmeralda bermula serta-merta pada 2 Ogos 2022," kata Sapura Energy.


Syarikat minyak dan gas itu berkata, anugerah akan mengukuhkan lagi jejaknya di Brazil, menandakan keupayaan firma terbabit dalam mewujudkan perkongsian yang kukuh dan memberikan nilai kepada pelanggan.


Segmen E&C syarikat mengendalikan operasi enam PLSV di Brazil, dengan kadar penggunaan kira-kira 95 peratus.


Sumber: Berita Harian


Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page