top of page

Samsung Engineering dapat kontrak bina loji Shell di Sarawak


Gambar hiasan

KUCHING: Samsung Engineering dari Korea Selatan hari ini mengumumkan bahawa pihaknya memperoleh kontrak bernilai AS$680 juta (RM3 bilion) daripada Sarawak Shell Bhd (SSB) bagi membina loji gas darat (OGP) untuk projek Rosmari Marjoram SSB di Bintulu, kira-kira 620 kilometer utara dari sini.


Dalam kenyataan, katanya kontrak itu untuk kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) loji tersebut, yang akan dilaksanakan dalam dua fasa dan fasa pertama akan dijalankan dalam skop yang terhad sebelum SSB membuat keputusan muktamad pelaburan (FID), dengan baki skop itu akan dilaksanakan selepas FID diperoleh.


"Loji itu akan mempunyai kapasiti untuk memproses sehingga 800 juta kaki padu gas setiap hari. RFSU (sedia untuk dimulakan) projek OGP dijangka dapat dicapai pada akhir 2025," katanya.


Menurut kenyataan itu, Samsung Engineering mendapat kontrak ini selepas bersaing dan berjaya muncul sebagai pembida yang berjaya daripada Front End Engineering and Design (FEED) dual.


"Samsung Engineering mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam melaksanakan projek gas di Malaysia dan kini sedang melaksanakan projek metanol Sarawak dan membangunkan Projek Ammonia/Hidrogen Hijau H2biscus di Sarawak," katanya.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Samsung Engineering, Sungan Choi, berkata rekod prestasinya, kepakaran serantau dan pelaburan mampan di Sarawak, selain strategi untuk mengambil bahagian dari peringkat FEED dan melaksanakan penyelesaian menyeluruh dalam EPCC telah membolehkan mereka mendapat kontrak berkenaan.


"Kami berbesar hati untuk melaksanakan OGP yang moden, canggih dan premium untuk Shell di Sarawak," katanya.


Samsung Engineering terus mencari peluang perniagaan baharu dengan mendapatkan pengalaman dalam pasaran gas dan akan terus mendapatkan pengalaman dalam melaksanakan FEED kepada projek penukaran EPC.


"Selain itu, Samsung Engineering akan memperluas penyertaannya pada masa depan dalam projek FEED tambahan dan EPC di Malaysia. Samsung Engineering bersedia menjadi 'Beyond EPC, Green Solution Provider' untuk masa depan yang lebih baik," menurut kenyataan itu.


Sumber: Berita Harian

13 views
EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page