Rundingan akhir ECRL dimuktamad hari ini


KUALA LUMPUR: Satu perjanjian projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dimeterai antara Malaysia dan China di Beijing hari ini.


Utusan Khas Perdana Menteri, Tun Daim Zainuddin dilaporkan sudah berada di Beijing bagi merundingkan butiran terakhir projek berkenaan bersama China.


Daim kemudian akan mengadakan sidang akhbar di Kedutaan Malaysia di Beijing pada jam 2 petang ini.


Beliau dijangka mengumumkan hasil rundingan berkenaan kepada media tempatan, termasuk wartawan BH yang berada di Beijing.


Sumber: Berita Harian


#evolusibina #ECRL

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.