RTS Link tidak terjejas oleh krisis tenaga global, memasuki fasa paling kritikal
- 2 hours ago
- 2 min read

MALAYSIA | SINGAPURA
Kemajuan Projek & Status Semasa RTS Link (Malaysia - Singapura)
RTS Link tidak terjejas oleh krisis tenaga global
Tiada keperluan penggunaan bahan api intensif kerana projek kini berada dalam fasa pemasangan sistem.
Ketiadaan permohonan kos tambahan daripada kontraktor menunjukkan kawalan kos yang kukuh.
Kestabilan kos penting kerana projek ini berstatus binational, melibatkan risiko pertukaran mata wang dan tenaga.
Kemajuan fizikal melebihi 90%
ICQ Bukit Chagar dan RTS Station memasuki fasa persiapan operasi.
Kerja struktur utama siap, pemasangan peralatan keselamatan (e-gate, body scanners) dipercepatkan dua bulan lebih awal daripada jadual.
Platform screen doors, sistem komunikasi dan PIDS sedang dimuktamadkan.
Projek memasuki fasa paling kritikal: Testing & Commissioning
Termasuk:
System installation
System integration
Acceptance testing
Dynamic testing
Final Field Readiness (FFR) menjelang September 2026
Fault-Free Run menyusul sebelum pelancaran penuh 2027
Ini ialah fasa paling tinggi risiko kerana melibatkan integrasi sistem Siemens (signalling) dan CRRC (rolling stock).
Komponen Infrastruktur Utama & Kesediaan Operasi
Kemudahan CIQ & keselamatan sempadan
10 lorong keselamatan
18 pengimbas bagasi
100 laluan e-gate (termasuk laluan khas “no baggage”)
Integrasi imigresen dua hala untuk proses single clearance at point of departure
Penyambungan & akses pengguna
RM200 juta diperuntuk bagi penambahbaikan aliran trafik Bukit Chagar
Termasuk flyover baharu, pelebaran jalan, laluan masuk tambahan, dan pengembangan perkhidmatan bas
250 bas tambahan untuk melancarkan pergerakan pengguna
Laluan pejalan kaki JB Sentral - RTS akan dibangunkan
Pengoperasian Sistem dan Kapasiti
Kapasiti penumpang
10,000 penumpang setiap jam setiap hala
Kekerapan 3.6 minit ketika puncak
Tempoh perjalanan: 5 - 6 minit antara Bukit Chagar–Woodlands North
Kelajuan operasi maksimum: 80 km/j
Depoh & penyelenggaraan
Depoh penstoran dan penyelenggaraan ditempatkan di Wadi Hana, Johor Bahru
Peralihan daripada konsep awal Mass Rapid Transit ke sistem LRT standalone memudahkan integrasi binational.
Isu KTM Shuttle Tebrau – Malaysia mahu lanjutan operasi sementara
Berdasarkan perjanjian RTS, Shuttle Tebrau harus dihentikan 6 bulan selepas RTS beroperasi.
Malaysia meminta kesinambungan sementara, tetapi memerlukan kelulusan Singapura.
Shuttle Tebrau kini membawa 8,635 penumpang/hari dengan 31 perjalanan dua hala.
Peranan legasi landasan mungkin ditukar kepada laluan basikal/pejalan kaki.
Kerangka Perundangan & Keselamatan Rentas Sempadan
Rang Undang-undang Cross-Border Railways (Border Control Co-Location) – Singapura
Memperkasa pegawai imigresen Malaysia yang bertugas di Woodlands North (dalam zon khas Malaysia).
Pegawai Malaysia tidak boleh membuat tangkapan di Singapura; jika berlaku, mereka mesti menyerahkan kepada pihak Singapura.
Peraturan ini adalah reciprocal, dengan versi undang-undang Malaysia diluluskan pada 5 Mac 2026.
Pengurusan insiden & keselamatan
Insiden dalam zon Malaysia di Singapura → dikendalikan oleh Singapura.
Insiden dalam zon Singapura di Malaysia → dikendalikan oleh Malaysia.
Insiden rentas sempadan (atas tren) → kedua-dua pihak boleh respons kecemasan tanpa kuasa penangkapan.
Kerjasama Malaysia - Singapura
Mesyuarat berkala antara Menteri Pengangkutan Malaysia dan rakan sejawat Singapura.
Tumpuan pada penyelarasan sistem, kesiapsiagaan operasi dan integrasi keselamatan.
Latihan tabletop 2026 akan digerakkan untuk mensimulasikan insiden rentas negara.




Comments