RMK13: Kerajaan fokus tambah baik infra pengangkutan awam, jalan raya luar bandar
- Ridhwanisme
- Jul 31
- 1 min read

KUALA LUMPUR
Fokus RMK13 Terhadap Infrastruktur Mobiliti
RMK13 memberi keutamaan kepada penambahbaikan sistem pengangkutan awam dan jalan raya luar bandarsebagai sebahagian daripada strategi pembangunan menyeluruh negara.
Usaha ini merangkumi pembinaan baharu, naik taraf laluan sedia ada dan pelaksanaan subsidi perjalanan untuk rakyat.
Projek Pengangkutan Awam Utama Diteruskan
1,200 bas baharu dan 300 van DRT akan ditambah untuk menyokong ketersambungan "first and last mile".
217 tren baharu diperkenalkan untuk meningkatkan kapasiti perkhidmatan rel.
Subsidi pas perjalanan untuk pelajar, warga emas dan OKU dikekalkan.
Pembangunan Infrastruktur Besar-Besaran
Projek pengangkutan utama diteruskan:
ECRL (Kelantan–Pahang–Selangor)
Landasan Berkembar Gemas–JB
Sistem E-ART di Iskandar Malaysia
LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang
Pendekatan TOD (Transit-Oriented Development)
RMK13 mempercepat pelaksanaan projek berorientasikan transit yang menyepadukan sistem pengangkutan dengan pembangunan perumahan, komersial dan perkhidmatan awam.
Ini membuka peluang besar kepada kontraktor binaan dan pemaju infrastruktur swasta.
Naik Taraf Jalan Raya Strategik
Termasuk projek lebuh raya:
Senai Utara–Machap (Johor)
Juru–Sungai Dua (Pulau Pinang)
LTU (Pahang & Kelantan)
Lebuhraya Pan Borneo (Sabah)
Lebuhraya Trans Borneo (Sarawak)
Pembangunan Jalan Luar Bandar Sejauh 2,800km
Projek utama termasuk:
Nanga Serau–Nanga Seranau, Kapit
Jambatan Sungai Air Tawar–Hutan Melintang, Perak
Jalan Pos Sinderut, Lipis, Pahang
Akses luar bandar dipertingkat untuk merangsang pertumbuhan wilayah dan pengagihan pembangunan lebih seimbang.
Inisiatif Road-to-Rail
Strategi pemindahan kargo dari jalan ke rel akan tingkatkan penggunaan rel daripada 6% kepada 13%.
Usaha ini dijangka kurangkan kesesakan dan risiko kemalangan jalan raya.
Astro Awani | BERNAMA





Comments