RMK13 suntik RM430 bilion untuk projek pembinaan dan infrastruktur negara
- Ridhwanisme
- Jul 31
- 1 min read

KUALA LUMPUR
Unjuran KDNK RMK13 (2026–2030)
KDNK dijangka berkembang 4.5%–5.5% setahun, dipacu permintaan domestik terutama penggunaan dan pelaburan swasta.
Sasaran akhir: PNK per kapita RM77,200 pada 2030, menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.
Sektor Pembinaan Kekal Pemacu Utama
Bersama sektor perkhidmatan dan pembuatan, sektor pembinaan dijangka menjadi penyumbang utama pertumbuhan.
Pembangunan berasaskan nilai akan didorong oleh pelaksanaan pelan nasional seperti NIMP 2030, NETR, dan NSS.
Peruntukan Pembangunan RMK13
RM430 bilion diperuntukkan bagi projek pembangunan Kerajaan Persekutuan.
Fokus kepada infrastruktur, infostruktur, pengangkutan awam, sekolah, hospital, perumahan mampu milik, tebatan banjir, dan pembangunan kapasiti.
Pelaburan Swasta dan Awam sebagai Pemangkin
Pelaburan swasta dijangka meningkat 6.0% setahun, purata RM417.9 bilion/tahun.
Pelaburan awam dijangka meningkat 3.6% setahun, purata RM112.9 bilion/tahun.
Kerjasama Sektor Swasta: PPP dan GLC
Projek PPP dijangka menyumbang RM61 bilion, manakala GLC menerusi inisiatif GEAR-uP memperuntukkan RM120 bilion.
Gandingan ini akan memperkukuh kapasiti pembangunan negara dalam sektor awam dan swasta.
Penekanan kepada Kesejahteraan dan Tadbir Urus
10 sasaran ekonomi makro ditetapkan, termasuk:
Defisit fiskal <3% daripada KDNK menjelang 2030
Inflasi antara 2–3%
40% pampasan pekerja kepada KDNK
Peningkatan MyWI (Indeks Kesejahteraan Rakyat) sebanyak 1.6% setahun
Risiko Luar dan Keperluan Tindak Balas Strategik
Ketidaktentuan dasar global, terutamanya dasar perdagangan Amerika Syarikat, dijangka memberi kesan kepada separuh pertama RMK13.
Pelaksanaan pelan ekonomi MADANI penting sebagai langkah mitigasi dan reformasi struktur.
BERNAMA Biz | Siti Radziah Hamzah
Comments