top of page

RMK12 fokus projek mendesak, batal projek yang belum mula


RMK12 fokus projek mendesak, batal projek yang belum mula
Tapak projek Transit Aliran Ringan Laluan Shah Alam (LRT3) di Depoh Johan Setia, Klang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 04 JULAI 2023.

RMK12 fokus projek mendesak, batal projek yang belum mula

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberikan laluan kepada projek-projek rakyat yang lebih mendesak dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan membatal projek-projek telah lama diluluskan termasuk projek dalam Rancangan Malaysia terdahulu.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua projek yang dibatalkan itu adalah yang belum dapat dimulakan dalam tempoh masa munasabah.


Beliau yang juga Menteri Kewangan turut memberitahu, satu Jawatankuasa Khas Pemantauan Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK12 akan ditubuhkan dalam memastikan setiap anggota Kabinet memantau pelaksanaan projek RMK12 agar rakyat mampu mengecapi nikmatnya tanpa berlengah.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

“Pelan bagi pemantauan pelaksanaan kebijakan KSP RMK12 disediakan sebagai panduan bagi setiap kementerian dan agensi untuk melaksanakan semua kebijakan ini.


“Sebahagian daripada sasaran KSP RMK12 juga akan dijadikan KPI kementerian,” katanya ketika membentangkan KSP RMK12 di Dewan Rakyat di sini hari ini.


Justeru, Anwar mengajak semua anggota dalam kerajaan, termasuk anggota pentadbiran dan ketua jabatan agar sama-sama melaksanakan tanggungjawab dengan jujur serta amanah bagi memastikan peristiwa salah laku dan teguran audit yang telah dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara tidak berulang.


Perdana Menteri juga menegaskan Kerajaan Perpaduan akan melaksanakan semua strategi dan inisiatif yang direncanakan dalam KSP RMK12 secara teratur, bersistematik dan bertanggungjawab.


Katanya, Kerajaan Perpaduan akan berfungsi sebagai sebuah kerajaan cekap dan tangkas bekerja untuk memenuhi harapan rakyat, yang menepati ciri-ciri al-Qawiy al-Amin (berdaya saing dan berintegriti) dan Hafizun Alim (pelindung yang beramanah dan berilmu).


“Insya-Allah kita akan terus mengambil pendekatan aktif mendengar (perkara) yang melibatkan rakyat, menerima teguran supaya pelaksanaan RMK12 dapat dijalankan dengan memuaskan dan membantu kita dalam merangka RMK13,” katanya.


KSP RMK12 yang bertemakan ‘Malaysia MADANI: Mampan, Sejahtera, Berpendapatan Tinggi’ merangkumi 17 anjakan besar sebagai pemangkin utama melalui 71 strategi dan inisiatif utama bagi memacu dan melonjak pembangunan negara dengan mengangkat darjat serta memperkasa rakyat.



RMK12 fokus projek mendesak, batal projek yang belum mula


27 views

Comments


bottom of page