RM300 juta lebarkan Jalan Bukit Katil
- Ridhwanisme
- Jul 7, 2023
- 1 min read

MELAKA: Masalah kesesakan lalu lintas di Bukit Katil di sini dijangka dapat diatasi apabila projek pelebaran jalan bernilai RM300 juta mula dilaksanakan tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Melaka, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basher berkata, pelebaran itu bermula dari Persimpangan Lampu Isyarat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hingga ke Persimpangan Semabok-Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ).
Menurutnya, pelebaran jalan dilakukan daripada dua lorong sedia ada kepada empat lorong.
“Ini adalah projek baharu membabitkan kos RM300 juta bakal memberi keselesaan kepada pengguna yang melalui jalan ini.
“Apabila siap nanti jalan alternatif ke Banda Hilir ini tidak akan berlaku lagi kesesakan yang teruk khususnya pada cuti hujung minggu dan kelepasan am,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Menggantikan Jambatan di Tangga Batu dan Projek Membina Jejantas bagi Sekolah Menengah (SMK) Bukit Rambai dan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Rambai di sini, hari ini.
Tambah Hameed Mytheen, projek menggantikan jambatan sedia ada di Tangga Batu melibatkan kos RM2.9 juta dapat mengurangkan kadar kemalangan maut yang kerap berlaku di situ.
Menurutnya, jambatan berkenaan menjadi kawasan panas, antara lokasi utama berlakunya kemalangan jalan raya.
“Alhamdulillah projek yang bermula pada 28 Januari 2020 itu siap satu bulan lebih awal dari sepatutnya pada 16 Julai ini,” ujarnya.
Sumber: Utusan
RM300 juta lebarkan Jalan Bukit Katil
Comments