top of page

RM250 juta atasi jalan raya ‘maut’ Batu Pahat-Ayer Hitam


WEE Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam melakukan tinjauan ke Jalan Persekutuan Batu Pahat-Ayer Hitam yang direkodkan sebagai antara 10 lokasi tertinggi kemalangan maut Malaysia. UTUSAN/MOHAMAD FAHD RAHMAT

KLUANG : Jalan Persekutuan Batu Pahat-Ayer Hitam yang direkodkan sebagai antara 10 lokasi tertinggi kemalangan maut di Malaysia akan ditambah kepada empat lorong bagi menyelesaikan masalah yang sering menghantui kira kira 50,000 penduduk sekitarnya.


Ia membabitkan jalan raya dari Parit Sempadan sehingga Tol Ayer Hitam dengan kos pembinaanya berjumlah RM250 juta dan telah diluluskan kerajaan menerusi Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).


“Fasa ketiga iaitu P050 ini adalah sepanjang 14 kilometer (KM) dari Parit Sempadan hingga Tol Ayer Hitam di mana projek asal fasa pertama dan fasa dua adalah dari Parit Sempadan hingga ke Batu Pahat.



“Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah melantik juru ukur tanah dan selepas itu peringkat rekabentuk dan buka tender sehinggalah surat setuju terima dan ini perlukan sedikit masa,”.


Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) pernah merekodkan Jalan Persekutuan Batu Pahat-Ayer Hitam adalah antara 10 jalan paling bahaya di Malaysia kerana sering berlaku kemalangan maut.


“Dari Batu Pahat hingga ke Kluang, jalan ini adalah ‘pembunuh’ dan tak silap saya untuk Batu Pahat, 554 kes kemalangan maut telah direkodkan sejak 10 tahun lalu,”.


Projek itu nanti merangkumi pelebaran, membina pembahagi jalan dan menaiktaraf taraf jalan sedia ada yang dijangka bermula pada pertengahan tahun depan.


“Ada enam jejantas pejalan kaki dan motosikal untuk memudahkan pengguna jalan selain ada empat pusingan U,”.



7 views

Comments


bottom of page