Rekabentuk Jambatan Gantung Satok dikaji semula


Blok konkrit yang kelihatan condong ketika ujian beban dilakukan, baru-baru ini. - Ihsan JKR

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak akan mengkaji semula rekabentuk keseluruhan Jambatan Gantung Satok, di sini susulan kejadian blok konkrit infrastruktur itu yang kelihatan condong ketika ujian beban dilakukan baru-baru ini.


Jurucakap JKR Sarawak memaklumkan kajian semula reka bentuk itu turut dipersetujui Kementerian Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur Sarawak melalui pembabitan perunding bebas.


“Setakat ini, jambatan itu stabil dan tiada lagi pergerakan dijangka berlaku pada blok berkenaan. Namun, JKR akan terus memantau kestabilan jambatan itu dan memastikannya selamat untuk digunakan.


“JKR sedang berusaha mencari langkah penyelesaian pemulihan kekal seperti dicadangkan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Rekabentuk keseluruhan Jambatan Gantung Satok akan dikaji semula JKR. - Ihsan JKR

Katanya, kerja-kerja pemulihan hanya akan diteruskan apabila perunding bebas menyelesaikan semua proses pemeriksaan berkaitan dan mengemukakan laporan akhir, termasuk kaedah penyelesaian yang terperinci kepada JKR.


“Penyelesaian pemulihan kekal dijangka dilaksanakan akhir Oktober ini. Apabila lukisan dan pelan terperinci yang siap diserahkan kepada JKR, kerja pemulihan oleh kontraktor akan diteruskan.


“Sementara itu, pemeriksaan lanjut terhadap struktur yang terjejas dihentikan sementara bagi mengelak dan meminimumkan sebarang tuntutan dari kontraktor,” katanya.


Sumber: Berita Harian


#evolusibina #JKR #Sarawak

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.