top of page

Rangka dasar lindungi kontraktor kelas rendah


Syed Hussien pada program Bual Bicara BH bertajuk ‘Antara Tempang dan Tongkat’ di Balai Berita di Kuala Lumpur, hari ini. - NSTP/Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta merangka satu dasar bagi melindungi kontraktor kelas rendah yang mungkin terjejas jika konsep tender terbuka dilaksanakan sepenuhnya.


Pengerusi SME Corporation Malaysia (SME Corp), Datuk Seri Syed Hussien Al-Habshee, berkata dasar terbabit bukan bersifat ‘tongkat’ tetapi bagi memastikan nasib golongan berkenaan terbela.


“Kontraktor Melayu dan Bumiputera terutama kelas D, E dan F sekarang sedang menangis kerana konsep tender terbuka. Masalah yang timbul ialah bagaimana mereka mampu bersaing dengan syarikat besar.


“Sebab itu saya mencadangkan supaya kerajaan menetapkan projek seperti bina sekolah dan sebagainya diberikan kepada golongan ini tetapi menggunakan konsep tender terbuka yang membenarkan mereka bersaing dalam liga mereka sendiri,” katanya.


Beliau berkata demikian pada program Bual Bicara BH bertajuk ‘Antara Tempang dan Tongkat’ di Balai Berita di sini, hari ini.


Program yang bersiaran langsung menerusi platform Facebook Berita Harian Online dan dikendalikan oleh Sabarudin Ahmad Sabri sebagai moderator turut menampilkan Ketua Pengarah Eksekutif Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Muhd Firdaus Azharuddin sebagai panelis.


Syed Hussien berkata, golongan terbabit sebenarnya bukan meminta ‘tongkat’ tetapi hanya dasar supaya kerajaan memberi pertimbangan dan pembelaan kepada mereka.


“Ini rintihan daripada bawah, ramai yang datang berjumpa saya dan menyampaikan suara hati mereka, merayu supaya diberikan peluang ini. Bukan kerana mereka tidak mampu tetapi tidak boleh bersaing dengan syarikat besar jika konsep tender terbuka dilaksanakan 100 peratus,” katanya.



5 views
bottom of page