Pulau Pinang wartakan 25 bandar baharu dan perluas 10 bandar sedia ada untuk tingkat kecekapan pentadbiran
- Ridhwanisme
- Sep 19
- 1 min read

GEORGE TOWN, PULAU PINANG
Pewartaan Pindaan Sempadan Bandar
Kerajaan Negeri Pulau Pinang mewartakan pindaan sempadan 10 bandar sedia ada dan pewujudan 25 bandar baharu.
Langkah ini diambil selepas hampir 60 tahun pewartaan asal (1966) tidak dikemaskini, walaupun banyak kawasan telah membangun pesat.
Diselaraskan di bawah Seksyen 11(ca) dan 11(d) Kanun Tanah Negara (Akta 828).
Tujuan dan Rasional
Menyokong kepesatan pembangunan ekonomi dan sosial semasa.
Menambah kecekapan pentadbiran dan pembangunan negeri menjelang 2030.
Menyelaraskan klasifikasi tanah dengan Dasar Perbandaran Negara Ke-2 (DPN2) 2018 - 2025.
Skop Liputan
Melibatkan lebih 210,000 hak milik tanah dan 184,000 hak milik strata.
Bandar baharu termasuk: Bayan Baru, Bukit Jambul, Seberang Jaya, Bandar Cassia, Simpang Ampat, Teluk Air Tawar, Bertam, dan lain-lain.
Bandar sedia ada diperluas: Bayan Lepas, Balik Pulau, Batu Ferringhi, George Town, Butterworth, dan lain-lain.
Kriteria Pewartaan Bandar
Mengambil kira 11 kriteria termasuk kepadatan penduduk, topografi, sempadan semula jadi, kawasan tepu bina, potensi pembangunan ekonomi dan sosial, jajaran jalan utama dan sempadan lot.
Takrif “bandar” mengikut DPN2 merangkumi kawasan berpenduduk ≥10,000 atau kawasan bukan pertanian dengan ≥60% penduduk berumur 15 tahun ke atas.
Implikasi kepada Hasil dan Pentadbiran
Dijangka memperkukuh kutipan cukai tanah dan cukai petak secara lebih adil dan saksama.
Membolehkan pengurusan hasil negeri dan pentadbiran daerah lebih cekap serta terancang.
Perubahan Kadar Cukai
Kadar cukai tanah dan cukai petak baharu akan berkuat kuasa mulai 2026.
Pelaksanaan kadar cukai petak strata baharu ditangguhkan ke 2027 bagi kurangkan beban rakyat.
Lebih 300,000 petak strata kekal membayar kadar sedia ada sehingga 1 Januari 2026.






Buletin Mutiara | Ainul Wardah Sohilli
Comments