top of page

Pulau Pinang akan kemuka EIA baharu untuk projek PSR hujung bulan ini


LAPORAN EIA yang baharu bagi projek tambakan laut selatan pulau Pulau Pinang (PSR) akan dikemukakan semula kepada JAS hujung bulan ini atau awal April depan.

GEORGETOWN: Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) yang baharu bagi projek tambakan laut selatan pulau Pulau Pinang (PSR) akan dikemukakan semula kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) hujung bulan ini atau awal April depan.


Ketua Pegawai Eksekutif Penang Infrastructure Corporation, Datuk Seri Farizan Darus berkata, EIA berkenaan akan mengemukakan data-data terkini seperti laporan hidraulik, kajian laporan impak sosial, kajian perikanan dan lain-lain seperti yang disyaratkan JAS sebelum ini.


”Sekarang, kita berada pada peringkat akhir untuk kemukakan EIA baharu kepada JAS memandangkan EIA terdahulu telah terbatal.


“Dengan mengambil kira EIA yang dibatalkan sebelum ini, data-datanya dibuat lima enam tahun lalu, sekarang kita buat data baharu berdasarkan keadaan semasa,” katanya dalam sidang akhbar di di sini hari ini.


Pada 8 September tahun lalu, Lembaga Rayuan JAS memutuskan mengetepikan kelulusan penilaian impak alam sekitar (EIA) projek tambak laut yang membentuk tiga pulau buatan di perairan selatan negeri itu.


Keputusan itu menjadikan kelulusan EIA bagi projek berkenaan adalah terbatal dan tidak lagi sah selepas ia diperoleh pada 25 Jun 2019.


Pelaksanaan projek PSR seluas hampir 17 kilometer persegi itu membabitkan projek pembangunan tiga pulau buatan berkeluasan 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut berdekatan Bayan Lepas.


Projek itu dibina bagi membiayai pelbagai projek infrastruktur dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIP) yang bernilai kira-kira RM46 bilion.


Menurut Farizan, kerajaan negeri juga masih lagi menunggu tarikh perbicaraan untuk semakan kehakiman berkaitan kelulusan EIA yang dibatalkan oleh JAS sebelum ini.


“Setakat ini, kita masih belum menerima apa-apa tarikh lagi berhubung tarikh perbicaraan semakan kehakiman ini,” katanya.


Tambahnya, oleh kerana EIA yang pernah diperoleh itu telah dibatalkan kerja-kerja fizikal untuk pelaksanaan projek PSR itu tidak dapat dijalankan.


Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page