top of page

Protasco dapat kontrak RM299.2 juta naik taraf jalan di Kedah


Protasco dapat kontrak RM299.2 juta naik taraf jalan di Kedah Berita Harian www.bharian.com.my
Projek naik taraf jalan di Kedah dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan Protasco - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Protasco Bhd, HCM Engineering Sdn Bhd, memperoleh kontrak menaik taraf jalan di Kedah daripada KI Engineering Sdn Bhd bernilai RM299.2 juta.


Protasco berkata, kontrak ini adalah susulan daripada satu memorandum perjanjian yang dimeterai antara HCM Engineering dan KI Engineering bagi menetapkan hak, tugas dan obligasi masing-masing untuk melaksanakan kontrak terbabit.


"Di bawah perjanjian itu, HCM Engineering akan berkongsi 70 peratus keuntungan daripada projek berkenaan dan akan bertindak sebagai pelaksana pembinaan dan pembiayaan projek sehingga siap pada 27 Januari 2026," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.


Menurut syarikat itu, projek berkenaan dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan kumpulan pada masa depan.


Sumber: Berita Harian


留言


bottom of page