top of page

Projek Waste-To-Energy: Worldwide disaman RM369 juta


Western Power Clean Energy Sdn. Bhd. (WPCESB)

SHAH ALAM: Sebuah syarikat Western Power Clean Energy Sdn. Bhd. (WPCESB) memfailkan tuntutan ganti rugi sebanyak RM368,650,879.20 terhadap Worldwide Holdings Berhad (Worldwide) yang didakwa melanggar Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SHA).


Perjanjian tersebut dimeterai oleh WPCESB yang dimiliki dua syarikat dari China iaitu Western Power Engineering & Construction Co. Ltd. dan Western Power International Pte. Ltd. bersama Worldwide masing-masing ditandatangi padai 10 Disember 2018 dan 5 Mac 2019.


WPCESB dalam satu kenyataan memaklumkan, kedua-dua perjanjian itu dibuat melalui syarikat Worldwide Green Energy Sdn. Bhd. (WGE) bagi membangun membina, mengurus, mengendalikan, dan menjaga sebuah kemudahan rawatan termal untuk rawatan sisa dan penukaran sisa kepada tenaga (Waste-To-Energy) di Jeram, Kuala Selangor.


“Projek tersebut dilaksnakan oleh WGE yang ditubuhkan secara khas dengan pegangan saham bersama antara WPCESB dan Worldwide masing-masing sebanyak 45 dan 55 peratus.


“Worldwide merupakan sebuah syarikat awam yang dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Tabung Warisan Negeri Selangor, antara lain,” katanya.


Tambah kenyataan itu lagi, saman berkaitan pelanggaran JDA dan SHA itu sudah pun difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.


Mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 21 Jun ini.


Sumber: Utusan


Comments


bottom of page