top of page

Projek tebatan banjir Lembaga Lebuhraya Malaysia ditangguh


Projek tebatan banjir Lembaga Lebuhraya Malaysia ditangguh
Gambar hiasan: Insiden banjir kilat melanda dua lebuh raya di negeri ini didapati turut berpunca daripada urusan pelaksanaan projek tebatan banjir yang masih belum selesai.

Projek tebatan banjir Lembaga Lebuhraya Malaysia ditangguh

SHAH ALAM - Insiden banjir kilat melanda dua lebuh raya di negeri ini didapati turut berpunca daripada urusan pelaksanaan projek tebatan banjir yang masih belum selesai.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, urusan perlaksanaan itu membabitkan pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan kerajaan negeri Selangor.


Menurutnya, kerajaan negeri masih mengenal pasti lokasi kolam takungan bagi menampung limpahan air apabila berlaku hujan lebat terutama di Bukit Raja.

“Projek tebatan banjir terpaksa ditangguhkan sementara akibat daripada urusan dengan pihak LLM.

"Saya sesegera mungkin akan mendapatkan (maklum balas) daripada LLM berkenaan dengan (pelan) saliran tebatan banjir untuk kolam takungan dekat kawasan Bukit Raja,” katanya ditemui pemberita di Tapak Karnival, Stadium Shah Alam di Seksyen 13 di sini, malam Ahad.


Terdahulu, kawasan di sekitar bandar raya ini dan Klang seperti di Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Setia Alam, Bandar Bukit Raja, Setia Alam dan Meru dilaporkan dinaiki air berikutan hujan lebat selama lebih tiga jam.


Dalam pada itu, Amirudin menambah, kawasan di sekitar Klang dikenal pasti sebagai kawasan yang teruk terjejas akibat hujan lebat selama lebih 3 jam.


“Kita juga sudah minta dengan segera pam-pam digerakkan (kawasan dinaiki air) sebab itu menjelang tengah hari petang tadi air banjir sudah surut dan saya rasa sudah terkawal.


“Saya akan mendapat laporan lanjut malam ini dan difahamkan sebilangan keluarga masih tinggal di pusat perlindungan sementara,” ujarnya.


Sumber: Sinar Harian


Projek tebatan banjir Lembaga Lebuhraya Malaysia ditangguh


Projek tebatan banjir Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ditangguh berpunca daripada urusan pelaksanaan projek tebatan banjir takungan yang masih belum selesai, menurut Menteri Besar Selangor.

Comments


bottom of page