top of page

Masalah banjir di Selangor bakal selesai!


Gamber hiasan

MASALAH banjir sekian lama melanda daerah ini bakal diatasi apabila kerajaan Selangor bersetuju mengeluarkan peruntukan besar bagi projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, projek itu disalurkan kepada RTB melalui Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) sejak ia dimulakan pada 2010.


"JPS sedang melaksanakan projek RTB terutama di muka muara sungai secara berterusan dengan menyediakan peruntukan secukupnya.


"Projek ini (RTB) belum selesai sepenuhnya kerana ia mengambil masa panjang, selain melibatkan reka bentuk dan pakar tertentu untuk urus tadbir kawasan sungai," katanya tadi.



Terdahulu, Amirudin merasmikan program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Kawasan Khas Bandar Malawati Kuala Selangor 2025 anjuran Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) di Dataran Melawati, Kuala Selangor.


Dalam pada itu, Amirudin memaklumkan, projek RTB tetap diteruskan meskipun ada sebahagian daripadanya belum disiapkan sepenuhnya.


"Projek RTB adalah projek berterusan. Setiap tahun, kita kemukakan peruntukan lebih RM 50 ke 60 juta bagi projek ini.


" Tahun ini, kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM10 ke RM15 juta untuk projek penyelenggaraan (saliran) dan ia sedang dilaksanakan. Namun, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sebagainya, projek ini terlewat untuk disiapkan sepenuhnya," katanya.


Terbaru banjir melanda kawasan Kampung Seri Sentosa, Ijok di sini, susulan hujan lebat berterusan sejak pertengahan bulan lalu.


Sumber: Harian Metro


11 views
bottom of page