top of page

Projek sumber air alternatif atasi isu air di Kedah


Projek sumber air alternatif atasi isu air di Kedah
Gambar hiasan: Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK)

Projek sumber air alternatif atasi isu air di Kedah

ALOR SETAR - Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) sedang melaksanakan projek bekalan sumber air alternatif untuk membantu mengatasi isu air di Kedah.


Exco Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, Pengairan dan Saliran serta Tenaga, Mohamad Yusoff@Munir Zakaria berkata, projek dilaksanakan menerusi dua inisiatif iaitu membina telaga tiub (boring) baharu dan menaik taraf telaga.


Beliau berkata, projek sumber air alternatif melibatkan masjid, surau dan sekolah itu merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) LSANK.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

"Inisiatif ini bertujuan membantu mengatasi isu ketidakcukupan air di kawasan tertentu khasnya di luar bandar.


"LSNAK mengalu-alukan sekiranya terdapat mana-mana pihak yang berminat untuk mewujudkan telaga tiub bagi menampung keperluan air," katanya.


Beliau berkata demikian semasa berucap mewakili Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada program LSANK Meet, Greet & Ride 2023 @ Sungai Anak Bukit di Dataran Pahlawan di sini, pada Sabtu.


Sebelum itu, majlis pelancaran disempurnakan Tunku Mahkota Kedah, Datuk Seri Diraja Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin diiringi Tunku Puan Mahkota Kedah, Datuk Seri Diraja Che Puan Nur Julie Ariff.


Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Datuk Isahak Murat dan Pengarah LSANK, Syed Amaluddin Hafeez Syed Musa.


Mohamad Yusoff berkata, LSANK juga menyumbangkan sebahagian pendapatan melalui pelaksanaan inisiatif tersebut kepada kerajaan negeri untuk pembangunan sosial ekonomi rakyat Kedah


"Pada 2022, LSANK telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM4 juta kepada kerajaan negeri Kedah, sekali gus diharap sumbangan tersebut dapat memberi manfaat kepada rakyat Kedah," katanya.


Sementara itu, Mohamad Yusoff berkata, beliau menyambut usaha LSANK menganjurkan program kayuhan sejauh 20 kilometer (km) dalam usaha mengeratkan ukhuwah, sekali gus menggalakkan amalan gaya hidup sihat.


Beliau menambah, pesisir Sungai Anak Bukit dipilih sebagai lokasi utama LSANK Meet, Greet & Ride 2023 memandangkan sungai itu merupakan projek perintis pengindahan sungai di bawah kerajaan negeri Kedah.


"Di bawah projek ini, sungai ini diindahkan lagi dengan perlaksanaan aktiviti pelayaran sungai, riadah sukan air dan pelbagai aktiviti untuk menarik minat pelancong," katanya.


Sumber: Sinar Harian


Projek sumber air alternatif atasi isu air di Kedah


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page