top of page

Projek RTS Link lancar, bakal beroperasi 1 Januari 2027


Projek RTS Link lancar, bakal beroperasi 1 Januari 2027
Projek Sistem Transit Rapid, RTS

Projek RTS Link lancar, bakal beroperasi 1 Januari 2027

JOHOR BAHARU, 11 Januari -Kerajaan yakin Projek Sistem Transit Rapid, RTS yang menghubungkan Malaysia-Singapura berjalan lancar dan diyakini mula beroperasi pada 1 Januari 2027.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, keyakinan itu berdasarkan kemajuan projek jejambat laut antara Johor Bahru-Singapura kini berjaya capai tahap 68 peratus.


"Pembinaan jejambat, yang telah dianugerahkan pada 22 Mac 2023 tahun lepas, kini juga sedang giat dijalankan dan kemajuannya adalah pada 31%.


"Stesen itu juga 41% siap manakala pembinaan bangunan CIQ, yang baru sahaja dianugerahkan pada 11 Oktober 2023, telah menyiapkan kerja-kerja cerucuk dan kemajuan struktur ialah 3.22%.


Ini merupakan kemajuan yang baik dan mengikut jadual", katanya yang ditemui selepas Majlis Penyempurnaan Span Menghubungkan Johor Bahru dan Singapura bagi Projek RTS Link di sini yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.


Projek mega itu merupakan inisiatif mengurangkan kesesakan laluan penghubung antara kedua-dua negara terutamanya di Tambak Johor.


Dalam pada itu, Anthony turut memaklumkan cadangan untuk mewujudkan rangkaian tambahan sistem pengangkutan Malaysia-Singapura seperti feri perlu melalui proses perbincangan pelbagai pihak. 


Bagaimanapun, cadangan berkenaan memerlukan perbincangan pelbagai pihak dan memerlukan persetujuan kedua-dua negara.


Sumber: Berita RTM


Projek RTS Link lancar, bakal beroperasi 1 Januari 2027

bottom of page