top of page

Projek PPR: Terengganu boleh beri tanah luar bandar sahaja


Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Gambar hiasan: "Jika adapun tanah dalam bandar, keluasannya hanya sekangkang kera dan tidak mampu untuk didirikan projek kediaman PPR dan PPRT."

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

Kuala Terengganu: Kerajaan negeri ini sukar menyediakan tapak untuk pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di dalam kawasan bandar.


Sebaliknya, Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya hanya mampu memperuntukkan tapak di kawasan pinggir bandar, sekali gus tidak sealiran dengan keperluan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi projek itu.


"Jika adapun tanah dalam bandar, keluasannya hanya sekangkang kera dan tidak mampu untuk didirikan projek kediaman PPR dan PPRT.


"Kerajaan sudah mengadakan perbincangan dengan KPKT sejak beberapa tahun lalu untuk menentukan kesesuaian tanah bagi didirikan rumah PPR dan PPRT," katanya.


Beliau ditemui media selepas merasmikan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Terengganu di di sini, hari ini.


Ahad lalu, Menteri KPKT Nga Kor Ming dilaporkan berkata, negeri yang menawarkan tanah di lokasi strategik secara percuma atau kadar premium nominal akan diberi keutamaan untuk pembinaan PPR.


Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri bersedia untuk berbincang lebih lanjut mengenai tapak tanah yang bersesuaian supaya Terengganu tidak ketinggalan daripada menerima manfaat projek itu.


Sumber: Harian Metro


19 views

Comments


bottom of page