top of page

Projek pemulihan muara Sungai Setiu siap 58 peratus


Projek pemulihan muara Sungai Setiu siap 58 peratus
Gambar hiasan: Muara Sungai Merang, Setiu

Projek pemulihan muara Sungai Setiu siap 58 peratus

SETIU, 6 Jun - Pelaksanaan projek pemulihan muara Sungai Setiu dekat Kampung Mangkuk yang bernilai RM116 juta telah siap 58 peratus setakat ini.


Projek yang dimulakan Januari 2022 itu melibatkan kerja-kerja pembinaan benteng pemecah ombak selatan dan utara, struktur penahan ombak, pengerukan sungai Setiu serta laluan pelayaran dan penyuburan pantai.


Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran JPS Terengganu, Ir. Hanizan Deraman berkata kerja-kerja pembinaan tersebut yang melibatkan pembiayaan Kerajaan Persekutuan berjalan mengikut jadual dan dijangka siap pada 2026.


Projek tersebut dapat menghalang berlaku hakisan pantai di kawasan tersebut selain memberi kemudahan kepada nelayan setempat.


"Pembinaan tembok selatan melibatkan sepanjang lebih kurang 585 meter dan pembinaan tembok utara ialah 621 meter.


"Di samping itu juga terdapat pembinaan 'River Training' panggil laluan pelayaran masuk antara 80-100 meter, dan disamping itu kita ada juga melibatkan kerja-kerja penggalian melihatkan 15 kilometer dari jeti Penarik Mangkuk sehingga ke Kampung Ging batu lebih kurang 500 meter sebelum sangkar pembinaan ikan tersebut dimana kerja-kerja sedang berjalan.


"Di samping tu kita ada juga dipanggil penyuburan pantai 'Beach Knowledgement sepanjang 3 kilometer", katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Pencapaian 500,000 masa kerja tanpa kemalangan di Kampung Mangkuk di sini.


JPS juga sedang melaksanakan projek pemuliharaan sungai di beberapa daerah di negeri ini yang bertujuan menangani masalah pemendapan, kesukaran pelayaran dan banjir di muara sungai tersebut.


Antaranya termasuk  projek muara Sungai Besut yang bernilai RM168.86 juta, muara Sungai Dungun RM242.97 juta, muara Sungai Mercang RM30.53 juta dan muara Sungai Ibai RM24 juta.


Selain membangunkan projek kawalan hakisan pantai di Kuala Nerus yang melibatkan kawasan sepanjang lapan kilometer yang menelan kos RM69.9 juta.


Sumber: Berita RTM


Projek pemulihan muara Sungai Setiu siap 58 peratus

Comments


bottom of page