top of page

Projek pasang solar lonjak prestasi kewangan Pekat


Projek pasang solar lonjak prestasi kewangan Pekat
Pekat Group Bhd

Projek pasang solar lonjak prestasi kewangan Pekat

KUALA LUMPUR: Pekat Group Bhd yakin untuk terus mencatatkan keputusan kewangan yang baik pada separuh kedua tahun ini dengan penyiapan beberapa projek pemasangan solar utama.


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pekat, Tai Yee Chee, berkata menuju ke hadapan, Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP) dengan kapasiti 29.99 megawatt (MW) yang dianugerahkan oleh Suruhanjaya Tenaga pada 7 Ogos lalu, akan menyumbang kepada peningkatan prestasi kewangan bahagian solar kumpulan pada tahun berikutnya.


Sementara itu, katanya standard keselamatan ketat yang dimandatkan oleh Suruhanjaya Tenaga bagi sistem perlindungan petir memberikan peluang pertumbuhan kukuh kepada unit pelindung pembumian dan petir (ELP) Pekat.


"Kami teruja dengan masa depan dalam usaha memanfaatkan landskap solar yang sedang berubah dan menyumbang kepada sasaran tenaga boleh diperbaharui Malaysia.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

"Pekat kekal komited untuk menyediakan penyelesaian mampan dan mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pemimpin industri," katanya dalam satu kenyataan.


Pekat mencatatkan keuntungan selepas cukai RM6.7 juta bagi suku kedua 2023, meningkat 6.3 peratus berbanding suku sama tahun lalu, sejajar dengan kenaikan pendapatan.


Pendapatannya pada suku dikaji berkembang sebanyak 21.2 peratus kepada RM106.3 juta, dipacu terutamanya oleh perolehan projek daripada inisiatif solar skala besar (LSS) di Batang Padang, Perak.


Projek LSS itu, yang dijadual akan siap menjelang akhir tahun ini, dengan ketara mengukuhkan kemajuan syarikat.


Sementara itu, Pekat dalam kenyataan sama turut memaklumkan, sebaga sebahagian daripada fasa kedua strategi penstrukturan semula, Pengarah Eksekutifnya, Chin Soo Mau dilantik sebagai Pengarah Urusan berkuat kuasa pada 22 Ogos 2023 bagi memberikan kepimpinan ke arah hala tuju dan perancangan strategik jangka panjang kumpulan.


"Langkah ini selepas beliau berjaya menyusun semula dan membangunkan strategi pertumbuhan pendapatan anak-anak syarikat Pekat iaitu Solaroo Systems Sdn Bhd (SSSB) dan Pnexsoft Sdn Bhd (PNEX).


"Kumpulan yakin bahawa peranan ini akan membolehkan Chin (Soo Mau) mengukuhkan lagi perniagaan kami ke tahap lebih tinggi dan membina nilai untuk pemegang saham," katanya.


Sumber: Berita Harian


Projek pasang solar lonjak prestasi kewangan Pekat


댓글


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page