Projek LRT Pulau Pinang dibiayai penuh kerajaan, menggantikan model PPP
- Ridhwanisme
- Aug 19
- 2 min read

PULAU PINANG
Model Pembiayaan Berubah
Projek LRT Pulau Pinang kini akan dibiayai terus melalui peruntukan Development Expenditure (DE) Kerajaan Persekutuan.
Sebelum ini, ia dirancang melalui model Public - Private Partnership (PPP), namun kerajaan memilih DE untuk mengelakkan liabiliti jangka panjang.
Penjelasan rasmi: PPP tetap melibatkan bayaran kerajaan, cuma jadual aliran tunai berbeza (syarikat swasta dahulukan kos, kerajaan bayar kemudian).
Silihan Kos & Pengurusan Nilai
Anggaran awal diumumkan PM dalam Belanjawan 2024 ialah RM10 bilion.
Anggaran terkini: siling RM16 - 17 bilion, dengan angka operasi kini sekitar RM16.8 bilion.
Perubahan berlaku selepas melalui proses Value Management dan Value Lab yang menilai semula rekabentuk, skop, serta keberkesanan projek.
Pakej pertama berjaya diturunkan kos daripada RM8.32 bilion → RM7.98 bilion.
Struktur Projek & Pakej Kerja
Projek dibahagi kepada 3 pakej utama:
Pakej 1: 24 km laluan dari Komtar ke Island A (19 stesen), diberikan kepada SRS Consortium (~RM7.98b).
Pakej 2: Sistem & set tren (rolling stock), akan ditender terbuka.
Pakej 3: Jambatan rel merentasi laut menghubungkan Komtar - Butterworth - akan ditender terbuka.
Keseluruhan laluan dikenali sebagai Mutiara Line, sepanjang 29.5 km, 21 stesen, dijangka siap sepenuhnya menjelang 2031.
Implikasi Industri
Peralihan kepada pembiayaan DE memberikan keyakinan kontraktor tempatan kerana aliran bayaran lebih jelas dan terus daripada kerajaan.
Namun, kos yang meningkat daripada jangkaan awal menimbulkan persoalan mengenai keupayaan pengurusan kos dalam projek mega.
Peluang terbuka untuk kontraktor, pembekal sistem rel, serta pemain industri pembinaan melalui tender terbuka Pakej 2 & 3.
Risiko utama: kemungkinan cost overrun walaupun siling ditetapkan, bergantung kepada harga bidaan dan keadaan pasaran bahan binaan.
New Straits Times | Iylia Marsya Iskandar & Amalia Azmi





Comments