Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah lewat kerana jarak laluan



Kuala Lumpur: Kelewatan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah berlaku kerana jarak laluan

lebuh raya berbeza dan dilaksanakan lebih lewat berbanding yang dilaksanakan di Sarawak.


Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Eddin Syazlee, berkata projek lebuh raya itu di Sabah dilaksanakan selepas setahun projek itu dilaksanakan di Sarawak.


"Satu lagi kelewatan ini kerana jarak laluan lebuh raya juga berbeza. Perkara ini saya sudah terangkan dalam jawapan asal dan Yang Berhormat jangan menuduh saya gagal memberikan jawapan.


"Yang Berhormat yang sebenarnya gagal meneliti jawapan saya," katanya menjawab soalan tambahan Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu) yang menyatakan Timbalan Menteri gagal menjawab soalannya mengenai kelewatan projek lebuh raya Pan Borneo di Sabah berbanding di Sarawak.


Terdahulu, dalam jawapan asal mengenai perkara itu yang dikemukakan Foong Hin, Eddin menjelaskan berbanding projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak Fasa 1 yang dilaksanakan bermula pada tahun 2015, projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1 mula dilaksanakan pada Julai 2016.


Katanya, secara keseluruhan, status kemajuan pembinaan sejak projek LPB Sabah dimulakan pada tahun 2016 hingga Oktober 2020 adalah 38 peratus bagi 11 pakej kerja yang dalam pembinaan.


Beliau menjelaskan buat masa sekarang, berlaku sedikit kelewatan ke atas kemajuan projek yang disebabkan oleh kesan daripada pertukaran kaedah pelaksanaan projek.


Katanya, penamatan Rakan Pelaksana Projek (PDP) oleh kerajaan terdahulu kepada kaedah pelaksanaan projek secara konvensional yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Sabah sebagai Pegawai Penguasa (SO).


Akibat daripada penularan Covid-19 yang membataskan aktiviti di tapak tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa dan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.


"Selain memberi kesan kepada prestasi projek, perubahan kaedah pelaksanaan itu turut memberi kesan kepada pentadbiran projek, perubahan kontrak, kebajikan kakitangan yang terbabit dan keperluan penambahbaikan kapasiti dan kepakaran teknikal sedia ada," katanya.


Berikutan itu tegas beliau pelan peralihan dan tindakan susulan berterusan sedang dilaksanakan bagi menambah baik kaedah pelaksanaan yang telah diputuskan sebelum ini.


Sumber: Harian Metro

94 views0 comments

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2021 EvolusiBina. All rights reserved.