top of page

Projek lapangan terbang terbesar Vietnam cetus pencemaran udara


 Lapisan debu tebal kesan projek pembinaan lapangan terbang terbesar di Vietnam
Debu merah daripada projek pembinaan lapangan terbang terbesar di wilayah Dong Nai, Vietnam mencetuskan pencemaran udara di kawasan kejiranan. - Foto AFP

DONG NAI, VIETNAM : Lapisan debu tebal kesan projek pembinaan lapangan terbang terbesar di Vietnam mengotorkan kawasan kejiranan sejak beberapa bulan lalu, selain pokok dan kediaman, sehinggalah pakaian seragam pelajar menjadi kemerahan.


Terletak 40 kilometer dari hab perniagaan selatan Ho Chi Minh City, lapangan terbang Long Thanh yang bakal memiliki empat landasan itu, akan menjadi yang terbesar di negara ini.


Apabila siap, projek itu dijangka mampu menampung kehadiran 100 juta penumpang dan lima juta tan kargo setiap tahun.

Bagaimanapun selepas kerja-kerja pembinaan berat dimulakan awal tahun ini, penduduk yang tinggal di sekitar 10 kilometer dari tapak projek itu mula terjejas dengan kehadiran awan debu yang tebal.


Ia sekaligus mencetuskan kebimbangan terhadap kesihatan disamping mengakibatkan kemarahan penduduk ekoran kehidupan mereka kini mula terganggu.


"Ia tak mampu lagi ditanggung. Debu merah sudah memenuhi dalam komuniti kami," kata Tran Minh Hoang, penduduk di daerah Binh Son di wilayah Dong Nai.


Hoang, 59, mula menyiram air di halaman depan rumahnya setiap hari untuk membuang kotoran, namun debunya sangat tebal sehingga memaksa dia membalut jaring nilon halus di seluruh bahagian depan rumah.


"Ia (membalut jaring) sedikit membantu (dari terkena debu)," katanya. -AFP.


Sumber: Berita Harian


10 views

Comments


bottom of page