top of page

Projek keterhubungan grid air jadi tumpuan, jamin bekalan air


Kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Langat siap dilaksanakan pada malam 10 Oktober 2023. Foto Facebook Air Selangor

SHAH ALAM, 16 NOV: Projek keterhubungan grid air akan menjadi tumpuan utama bagi memastikan bekalan air terjamin dan berterusan di negeri ini, kata Dato’ Menteri Besar.


Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebanyak RM54.7 juta diperuntuk untuk kerja-kerja pembinaan infrastruktur dan servis konsultasi di beberapa jajaran dikenal pasti.


“Jajaran terlibat membabitkan wilayah Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, dan Hulu Selangor. Projek ini sebahagian daripada pelan jangka panjang untuk mencapai keterhubungan grid air yang mampan menjelang 2030,” katanya membentangkan Belanjawan Selangor 2025, semalam.


Amirudin berkata program Penggantian Paip retikulasi (hotspot) yang bermula sejak 2016 menyasarkan penggantian paip sebanyak 150 kilometer (km) setahun.


“Bermula 2023, sasaran penggantian paip telah ditingkatkan dari 150km kepada 300km setahun. Sebanyak RM527 juta diperuntuk melibatkan RM493.5 juta dibiayai oleh Air Selangor manakala RM33.5 juta dibiayai oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).


“Setakat Julai lalu sebanyak 783.54 km paip berjaya digantikan,” katanya.


Katanya bagi mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW), satu program penurunan NRW akan diteruskan dengan cadangan peruntukan sebanyak RM47.5 juta tahun depan.


“Setakat Julai lalu, peratusan NRW Air Selangor adalah sebanyak 27.36 peratus, mengatasi sasaran NRW tahunan bagi 2024 yang ditetapkan SPAN sebanyak 28.0 peratus,” katanya.


Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page