Projek Jambatan Pulau Tuba - Pulau Dayang Bunting: Bakal menggantikan jambatan satu lorong
- Ridhwanisme
- Jul 8
- 1 min read

LANGKAWI
Kelulusan dan Perancangan
Projek telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan di bawah Rolling Plan 3, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Ia merupakan projek Persekutuan.
Kepentingan Infrastruktur
Jambatan ini bakal menggantikan jambatan satu lorong yang sempit dan hanya muat untuk satu kenderaan empat roda.
Laluan ini merentasi Selat Bagan Nyior dan penting bagi kemudahan perhubungan serta pembangunan sosioekonomi setempat.
Spesifikasi Projek
Panjang keseluruhan projek: 1.04 km.
Jambatan: 0.38 km
Jalan tuju: 0.66 km
Mengikut spesifikasi JKR R1 (dua lorong).
Skop Kerja
Termasuk kerja geoteknik, pemasangan perabot dan lampu jalan, kerja alam sekitar, serta pengambilan tanah.
Status Pelaksanaan (Julai 2025)
Masih dalam peringkat perolehan.
Surat Setuju Terima (SST) dijangka dikeluarkan pertengahan tahun 2026.
Seruan Kerjasama
Kementerian menyeru kerjasama semua pihak termasuk JKR, pasukan projek dan kontraktor bagi memastikan projek disiapkan mengikut spesifikasi, tempoh dan kos yang ditetapkan.
Selaras dengan Aspirasi Nasional
Sejajar objektif Program MYJalan KKR yang menekankan kesejahteraan rakyat, nilai ihsan dan kemampanan.
BERNAMA / Editorial





Comments