'Projek ECRL perlu dibatalkan'


KUALA LUMPUR: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) perlu dibatalkan bagi meminimumkan kerugian dan menyelamatkan negara daripada kerugian yang lebih besar kelak.


Pakar Ekonomi, Profesor Jomo Kwame Sundaram berkata, isu ECRL agak sulit dan banyak pihak yang terbabit.


Beliau berkata, adalah lebih baik pihak berkuasa bersatu padu dan berurusan dengan pihak lain yang terbabit untuk mengurangkan kerugian dan memaksimakan apa yang dapat diselamatkan.


"Saya sudah nyatakan dari dulu lagi, sebelum pilihan raya lagi, saya minta ia dibatalkan.


"Sebenarnya projek ECRL tidak menguntungkan dan memang dari dulu lagi sesuatu yang direka untuk mendapat keuntungan (dan) kekayaan bagi pihak tertentu," katanya bagi mengulas mengenai isu ECRL. Beliau ditemui di Bicara Makan Tengah Hari Malaysia Baharu: Peranan Media yang dianjurkan Institut Akhbar Malaysia (MPI), sebentar tadi.


Sumber: Berita Harian


#evolusibina #ECRL

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.