Projek bulatan Tol Simpang Ampat bernilai RM21 dinaik taraf, dijangka bermula penghujung 2026
- Jan 29
- 1 min read

MELAKA
Kelulusan projek di bawah RMK-12 (RP3)
Projek naik taraf Bulatan Tol Simpang Ampat telah diluluskan melalui Rolling Plan 3, Rancangan Malaysia Ke-12.
Kelulusan ini mencerminkan keutamaan kerajaan terhadap isu kesesakan trafik di pintu masuk strategik negeri Melaka.
Skop kerja naik taraf
Pelebaran jalan daripada satu lorong kepada dua lorong bagi setiap arah.
Penambahbaikan sistem perparitan bagi meningkatkan keselamatan dan daya tahan infrastruktur.
Objektif utama projek
Penyuraian trafik di kawasan pintu masuk utama Melaka.
Meningkatkan tahap perkhidmatan jalan serta keselesaan pengguna.
Status pelaksanaan
Lawatan tapak oleh KKR telah dilaksanakan.
Projek telah ditender dan kontraktor terpilih telah dikenal pasti.
Kos dan tempoh projek
Anggaran kos pelaksanaan sekitar RM21 juta.
Tempoh pembinaan dianggarkan selama dua tahun sehingga siap sepenuhnya.
Melaka Hari Ini | Nursaliawati Salberi




Comments