top of page

Projek bekalan air Kelantan RM1.7 bilion babitkan pembaiki paip lebih 3,500km


Projek bekalan air Kelantan RM1.7 bilion babitkan pembaiki paip lebih 3,500km
Gambar hiasan: Kerajaan Kelantan merancang mengambil air dari Empangan Nenggiri milik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Projek bekalan air Kelantan RM1.7 bilion babitkan pembaiki paip lebih 3,500km

KOTA BHARU: Pembaikan paip bekalan air sepanjang lebih 3,500 kilometer yang dijangka menelan kos RM1.7 bilion adalah antara projek jangka pendek akan dilakukan oleh kerajaan Kelantan bagi menyelesaikan masalah bekalan air di Kota Bharu Utara.


Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd Nor, berkata untuk Kota Bharu Selatan pula, kerajaan merancang mengambil air dari Empangan Nenggiri milik Tenaga Nasional Berhad (TNB).


"Kita akan berbincang dengan TNB sebab kita nak guna 'tenaga' untuk ambil air itu," katanya ketika dihubungi hari ini.


Secara keseluruhan, katanya, dalam jangka panjang, Kelantan mahu membina lima lagi loji rawatan air termasuk di Pasir Mas, Tumpat dan Pasir Puteh.


Kos keseluruhan bagi jangka masa pendek dan panjang membabitkan permohonan sebanyak RM8 bilion.


Katanya, kerajaan negeri sudah memohon peruntukan RM8 bilion itu kepada Kerajaan Persekutuan ketika mesyuarat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.


Beliau berkata, kerajaan negeri juga bercadang membina loji rawatan air bagi menyelesaikan masalah air di Kota Bharu Selatan yang mana penyelesaian jangka masa pendek memerlukan kos sebanyak RM4 bilion.


"Perdana Menteri minta kita buat kajian semula dan menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk bincang, begitu juga Kerajaan Persekutuan yang turut akan menubuhkan jawatankuasanya sendiri.


"Kita akan bincang bagaimana dan keutamaan (projek) untuk menyelesaikan masalah air. Perdana Menteri tidak menolak permohonan kita, namun beliau mahu beri kepada keutamaan dahulu (selesai masalah air)," katanya.


Beliau berharap rakyat Kelantan bersabar kerana kerajaan negeri bersama Kerajaan Persekutuan akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah air itu.


Perdana Menteri sebelum ini mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas bagi menyelesaikan isu bekalan air di Kelantan dan Sabah.


Sumber: Berita Harian


Projek bekalan air Kelantan RM1.7 bilion babitkan pembaiki paip lebih 3,500km


Projek bekalan air Kelantan RM1.7 bilion babitkan pemba

Comments


bottom of page