top of page

Projek Air Perak-Pulau Pinang akan dipercepat


Projek Air Perak-Pulau Pinang akan dipercepat
Gambar hiasan

Projek Air Perak-Pulau Pinang akan dipercepat

SEBERANG PERAI – Kerajaan negeri memuji usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempercepatkan Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak (SPRWTS).


Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Anwar bukan sahaja bertindak sebagai pemudah cara, malah turut berbincang bersama pemegang taruh daripada kementerian berkaitan bagi memastikan pelaksanaannya lancar.


“Saya secara peribadi menganggap ia berita baik kerana selepas beberapa siri rundingan serta perbincangan membabitkan pelbagai pihak dari pelbagai peringkat, akhirnya projek ini akan dapat segera dilaksanakan.


“Kita bukan mahu lihat Pulau Pinang sahaja maju disebabkan pembangunan ekonomi dan industri yang kita miliki, namun ia juga bawa impak positif kepada Kedah dan Perak khususnya kawasan Perak utara yang masih memerlukan penubuhan estet-estet perindustrian.


“Selain itu, projek ini bakal mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat negeri Perak sekali gus menggalakkan pembangunan pada keseluruhannya wilayah utara semenanjung ini,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Batu Kawan, di sini hari ini.


Semalam, Anwar ketika lawatan kerjanya di Pulau Pinang mengumumkan Kerajaan Persekutuan bersetuju membangunkan infrastruktur “Kerian Hi-Tech” sebagai usaha menyelesaikan isu sumber air mentah di negeri itu.


Sumber: Kosmo!


Projek Air Perak-Pulau Pinang akan dipercepat

bottom of page