top of page

Program penggantian aerotrain dijangka selesai 2025


Program penggantian aerotrain dijangka selesai 2025 Harian Metro www.hmetro.com.my
Gambar hiasan: Program penggantian aerotrain dijangka selesai 2025

Sepang: Projek penggantian Penggerak Penumpang Automatik (APM) atau aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka selesai menjelang 2025.


Pengerusi MAHB, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata projek ini dilakukan secara berperingkat antara bangunan satelit dan bangunan terminal utama membabitkan kos kira-kira RM700 juta.


Menurutnya, aerotrain sedia ada sudah beroperasi lebih 24 tahun menghampiri peringkat akhir jangka hayatnya dan perlu dinaik taraf untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada penumpang.


"Aerotrain ini sudah digunakan lebih 300 juta penumpang dan aset lama ini sering berhadapan kerosakan dan ia akan menyusahkan penumpang serta menelan kos yang tinggi untuk baik pulih.


"MAHB bukan sahaja menggantikan APM namun keseluruhan sistem landasan akan diperbaharui dengan sistem moden bagi meningkatkan reputasi sebagai salah satu lapangan terbang terbaik di dunia," katanya pada sesi taklimat di KLIA di sini, hari ini.


Sementara itu katanya, sepanjang projek itu berjalan, perkhidmatan bas sepanjang masa akan ditambah bagi memastikan perjalanan penumpang lancar.


"KLIA akan menggantikan enam bas baharu di mana dua bas pertama akan tiba pada November tahun ini manakala bakinya pada Februari 2023.


"Bas yang disediakan turut dilengkapi dengan Wifi dan paparan digital untuk 'infotainment' sebagai sistem pengesanan dan pengawasan serta kamera litar tertutup (CCTV) untuk keselamatan penumpang," katanya.


Sementara itu Pengarah Urusan MAHB, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata aerotrain baharu akan mempunyai sistem lebih mantap, reka bentuk fleksibel dan ciri baharu untuk keselesaan.


"Ia boleh membawa 90 penumpang setiap gerabak, 270 penumpang setiap set kereta api dan 5,400 penumpang sejam.


"Kerja reka bentuk sudah bermula sejak Mac 2022 sehingga Mac 2023 manakala pembinaan aerotrain baharu akan bermula dari Mac 2023 hingga Mac 2025," katanya.


Sumber: Harian Metro


8 views

Comments


bottom of page