top of page

PM mahu inftastruktur peniaga kecil di setiap projek pembangunan


PM mahu inftastruktur peniaga kecil di setiap projek pembangunan Berita Harian www.bharian.com.my
Gambar hiasan: PM mahu inftastruktur peniaga kecil di setiap projek pembangunan

PUTRAJAYA: Setiap projek pembangunan perlu menyediakan infrastruktur untuk penjaja dan peniaga kecil berniaga, bukan semata-mata mengutamakan perniagaan besar, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perdana Menteri berkata, bandar raya seperti Kuala Lumpur bukan saja seharusnya menyediakan kemudahan bagi syarikat dan industri besar, sebaliknya ia juga perlu menyertakan kemudahan bagi memacu ekonomi penjaja dan peniaga kecil yang turut mewakili golongan berpendapatan rendah.


Beliau berkata, perkara itu harus juga dibantu oleh setiap kementerian dalam Kerajaan Perpaduan untuk menjadikan pentadbirannya benar-benar merakyatkan ekonomi.


Katanya, beliau memilih program bersama penjaja dan peniaga kecil sebagai acara rasmi pertamanya, sebagai memberi gambaran bahawa fokus Kerajaan Perpaduan untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan keutamaan kepada mencatat pembangunan kemajuan.


Bagaimanapun, beliau mahu kemajuan itu mestilah memberi manfaat kepada sebilangan besar rakyat yang berpendapatan rendah.


"Pagi tadi saya di Kementerian Wilayah Persekutuan (yang kini distruktur kepada Jabatan Wilayah Persekutuan), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), antara matlamat utama saya kita harus adakan anjakan dan ini terpakai juga untuk kementerian.


"Apa dia anjakan (itu)? Bahawa keindahan bandar raya Kuala Lumpur misalnya mesti disertakan dengan upaya (usaha) berlebihan (untuk) menyediakan tempat perniagaan bagi penjaja dan peniaga kecil seluruh Kuala Lumpur.


"Kota harus indah dan bersih, bukan saja untuk gedung pencakar langit dan juga untuk bank dan perniagaan besar, (ia) mesti diselitkan dengan menyediakan kemudahan kepada peniaga di mana saja lorong, tempat awam yang memungkinkan mereka berniaga dengan selesa dengan kemudahan asas yang cukup," katanya ketika Merasmikan Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata, ekonomi negara tidak seharusnya dijana oleh pelaburan asing semata-mata.


Berikutan itu, beliau berkata, tatkala insentif diberikan kepada perusahaan besar, penekanan juga harus diberikan kepada memberi ruang mencukupi kepada perniagaan kecil.


Katanya, semua pihak juga tidak seharusnya meremehkan peranan perusahaan kecil sederhana (PKS) dan koperasi kerana penjanaan ekonomi negara bukan hanya bergantung kepada syarikat besar.


"Tahun depan Insya-Allah kita akan memastikan Jemaah Menteri memberi penumpuan supaya semua Kementerian termasuk Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kewangan dan semua kementerian memberi fokus yang sama.


"Kerana saya benar-benar mahu melihat bahawa negara ini bukan saja bicara soal rakyat, bukan saja bicara soal hidup rakyat atau hidup Melayu, tetapi betul-betul memberi kerjasama, dokongan dan bantuan supaya rakyat yang susah ini benar-benar hidup dengan selesa," katanya.


Pada masa sama, Perdana Menteri beliau juga mahu memastikan dana yang disediakan kerajaan semuanya sampai kepada kumpulan sasaran.


Justeru, Anwar berkata, beliau mahu pimpinan dan pegawai utama serta pengurusan bank seperti Bank Rakyat memahami tujuan penubuhan yang bermatlamat memberi ruang kemudahan keselesaan kepada rakyat.


Sumber: Berita Harian


12 views
EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page