top of page

PM jumpa Petronas bincang pelaburan Saudi Aramco di Pengerang


PM jumpa Petronas bincang pelaburan Saudi Aramco di Pengerang
Gambar hiasan

PM jumpa Petronas bincang pelaburan Saudi Aramco di Pengerang

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar akan mengadakan pertemuan dengan PETRONAS minggu ini bagi membincangkan mengenai projek syarikat minyak negara dengan Saudi Aramco di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor.


Perdana Menteri berkata, syarikat minyak dan gas terbesar dunia itu sebelum ini sudah menyatakan komitmen mereka untuk memperluaskan fasilitinya di Pengerang.


"Saya akan bincangkan dengan PETRONAS dalam masa satu atau dua hari ini kerana ada tiga perkara pokok.


"Dua sudah selesai, satu ada masalah sedikit yang harus kita putuskan di peringkat kerajaan," katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan bersama Perdana Menteri di sini, hari ini.


Pada Oktober tahun lalu, Anwar dilaporkan berkata bahawa Saudi Aramco komited untuk memperluaskan fasilitinya di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor dengan menambah aktiviti hiliran petrokimia dan gas supaya ia menjadi hab terbesar di Asia Tenggara.


Saudi Aramco ialah salah satu daripada syarikat tenaga dan kimia bersepadu terbesar di dunia.


Presiden (Hiliran) Aramco, Mohammed Y Al Qahtani, berkata syarikat itu teruja dengan projek Pengerang dan bersedia untuk bukan hanya mengekalkan operasi, malah potensi mengembangkannya pada masa hadapan.



PM jumpa Petronas bincang pelaburan Saudi Aramco di Pengerang

bottom of page