top of page

PM jumpa Menteri Luar Singapura, sentuh isu HSR, RTS, ruang udara



PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dikunjungi Menteri Luar Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan di pejabatnya di Putrajaya, semalam.


Sepanjang pertemuan itu, katanya, banyak perkara yang disentuh, antaranya isu projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.


“Kami membincangkan mengenai projek HSR, dan projek Sistem Transit Pantas (RTS) aliran Johor Bahru-Singapura selain isu maritim dan ruang udara Malaysia dan Singapura.


“Semoga hubungan dua hala Malaysia dan Singapura terus kukuh demi kemajuan bersama,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya.


Selain itu, beliau juga membincangkan mengenai pertemuan dua hala kedua-dua negara itu.


“Antaranya berkaitan sesi pemukiman pemimpin-pemimpin Malaysia dan Singapura ke 10, hubungan dua hala, pelaburan, pelancongan, rentas sempadan, dan perjanjian Air Sungai Johor 1962,” katanya.


Sumber: Utusan

 
 
 

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page