top of page

Plenitude lancar fasa pertama Impian Hills di Ulu Tiram


Plenitude lancar fasa pertama Impian Hills di Ulu Tiram
Plenitude Berhad

Plenitude lancar fasa pertama Impian Hills di Ulu Tiram

JOHOR BAHRU – Syarikat hartanah, Plenitude Berhad melancarkan fasa pertama kawasan perbandaran baharu Impian Hills di Ulu Tiram, di sini dengan memperkenalkan kediaman jenis Magnolia.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lee Wee Kee berkata, pelaburan keseluruhan syarikat itu bagi perbandaran baharu itu adalah sebanyak RM1.2 bilion.


Menurutnya, Impian Hills merangkumi lapan fasa yang bakal menempatkan sebanyak 1,300 unit kediaman secara keseluruhan dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 10 tahun.


“Kediaman jenis Magnolia ini mempunyai binaan seluas 1,698 kaki persegi (157 meter persegi) dan 2,216 kaki persegi (205 meter persegi), dengan harga permulaan RM453,600.


“Kami juga berbesar hati untuk memaklumkan bahawa 98 peratus kediaman ini telah terjual sepenuhnya dan dijangka siap menjelang akhir tahun depan,” katanya selepas melancarkan rumah contoh Magnolia di Bandar Impian Hills, Ulu Tiram di sini hari ini.


Tambah Wee Kee, apabila siap kelak, Bandar Impian Hills yang dibangunkan di tanah berkeluasan 164 hektar akan turut menempatkan kawasan komersil seperti pasar raya dan lain-lain.


“Bandar Impian Hills merupakan projek kedua Plenitude Berhad di Johor selepas Bandar Desa Tebrau yang terletak kira-kira 10 kilometer daripada lokasi ini.


“Kami percaya lokasi Bandar Impian Hills yang mempunyai akses terus ke laluan utama menghubungkan Johor Bahru dan Kota Tinggi akan menjadi tarikan tambahan kepada pembeli, termasuk yang bekerja di Singapura,” ujarnya.


Selain Magnolia, Plenitude turut mengumumkan dua lagi fasa pembangunan bakal dilancarkan pada suku ketiga 2023.


“Buat masa ini, projek fasa kedua iaitu kediaman jenis Hibiscus yang berukuran lebih besar akan dilancarkan terlebih dahulu dan pembeli berminat sudah boleh mula mendapati maklumat berkaitan.


“Selain itu, kita juga mempunyai beberapa projek kediaman di Lembah Klang, Pulau Pinang dan juga Kedah, selain beberapa rangkaian hotel di dalam dan luar negara,” ujarnya.


Sumber: Kosmo!


Plenitude lancar fasa pertama Impian Hills di Ulu Tiram


10 views

Comments


bottom of page