PKP: Kontraktor G1 dan G2 boleh beroperasi, sambung kerja ubah suai rumah pelanggan


Gambar hiasan

PUTRAJAYA: Kontraktor kelas G1 dan G2 dibenarkan untuk beroperasi untuk menyambung kerja pengubah suaian (renovation) rumah pelanggan yang terpaksa diberhentikan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Menteri Kanan (Infrastruktur), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata sebelum menyambung kerja-kerja pengubahsuaian yang terbengkalai, kontraktor tersebut perlu terlebih dahulu membuat permohonan untuk kebenaran beroperasi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).


“Kerja pengubahsuaian rumah biasanya dilaksanakan oleh kontraktor kelas G1 dan G2 yang bermaksud kontraktor kecil.


“Salah satu syarat kami ialah membenarkan kontraktor G1 dan G2 untuk beroperasi kerana ia adalah kecil dan tidak melibatkan ramai pekerja.


“Tetapi apa yang penting ialah mereka perlu membuat permohonan dengan MITI dan mendapatkan kelulusan. Selepas lulus, baru mereka boleh sambung kerja,” kata Fadillah pada sidang media mengenai prosedur operasi standard (SOP) pembinaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Rabu.


Katanya lagi, kontraktor tersebut juga perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mengelakkan penularan COVID-19.


Sumber: Astro Awani


#evolusibina #kontraktor #covid19

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.