top of page

Pintu kaca Masjid Putra pecah dibadai ribut kencang


PUTRAJAYA 10 Mac - Ribut kencang yang berlaku di sini semalam bukan sahaja mengakibatkan kerosakan harta benda di sekolah dan kediaman tetapi juga di Masjid Putra.


Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 6 petang itu, salah satu cermin di pintu kaca Masjid Putra pecah akibat dibadai angin kuat dan ribut kencang.


Menurut sumber, walau bagaimanapun kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa pada jemaah dan orang ramai.


"Kerusi-kerusi besi di sekitar masjid juga diterbangkan angin manakala pasu-pasu bunga juga pecah. Namun keadaan terkawal selepas cuaca kembali reda.


"Petugas kebersihan kemudian telah diminta membersihkan serpihan kaca-kaca dengan segera," katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.


Pada masa sama, tinjauan Utusan Online mendapati pintu telah digantikan dengan plastik buat sementara waktu hingga proses pengantian dengan kaca dibuat.


"Pihak masjid akan melantik kontraktor untuk memasang cermin di pintu kaca idalam masa terdekat," kata sumber tersebut.


Semalam, beberapa kawasan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dilanda ribut kencang sehingga menyebabkan pokok tumbang dan menimpa beberapa kereta milik penduduk.


Sumber: Utusan Online



44 views
bottom of page