top of page

Penutupan sementara jalan di Persiaran Kerjaya sehingga 31 Disember


PETA penutupan sementara jalan untuk peringkat pertama di Persiaran Kerjaya, Shah Alam Selangor. - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR - Kontraktor projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), MRCB George Kent Sdn. Bhd. (MRCBGK) akan melaksanakan penutupan sementara jalan di Persiaran Kerjaya (kedua-dua arah dari Shah Alam dan Subang/Kuala Lumpur) untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penempatan semula utiliti LRT3.


MRCBGK dalam kenyataan di sini hari ini berkata, masa penutupan akan bermula dari pukul 11 malam hingga 5 pagi, hari ini hingga 31 Disember ini.


“Penutupan sementara akan dilakukan mengikut tiga peringkat, yang mana ia dimulakan pada peringkat pertama dan sebaik peringkat ini selesai, ia akan diikuti oleh peringkat kedua dan ketiga.


“Pada masa ini, pemandu di Persiaran Kerjaya menuju Shah Alam dan Subang/Kuala Lumpur akan dialihkan ke lorong bertentangan melalui aliran bertentangan pada peringkat pertama manakala perubahan trafik akan dijalankan pada peringkat kedua dan ketiga,” katanya. - UTUSAN ONLINE



Comments


bottom of page