top of page

Penutupan lorong, perubahan trafik di Persiaran Sukan dilanjutkan


PETA penutupan lorong dan perubahan lalu lintas di Persiaran Sukan, Shah Alam Selangor. - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR - Penutupan lorong dan perubahan lalu lintas di Persiaran Sukan, Shah Alam Selangor berdekatan Etiqa Insurance Bhd. akan dilanjutkan bagi memudahkan kerja-kerja pemasangan ‘pier cap’ projek Transit Aliran Ringan (LRT3).


MRCB George Kent Sdn. Bhd. (MRCBGK) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, penutupan akan bermula dari pukul 11 malam hingga 5 pagi, pada 26 Julai hingga 28 Julai ini.

“Susur kiri dari Lebuhraya Guthrie dan lorong kanan dari Shah Alam di Persiaran Sukan berhadapan Pangsapuri Brunsfield akan ditutup dan pemandu akan dialihkan berdasarkan peta,” katanya. - UTUSAN ONLINE



15 views
bottom of page