Penutupan lorong, lencongan trafik di Jalan Langat bermula 12 April 2019


KUALA LUMPUR 11 April - Kontraktor projek Transit Aliran Ringan (LRT), MRCB George Kent Sdn. Bhd. (MRCBGK) akan melaksanakan penutupan lorong kiri di hadapan Vonza Sdn. Bhd., Jalan Langat, Klang Selangor bermula dari pukul 10 malam hingga 6 pagi keesokannya.


MRCBGK dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, penutupan yang akan bermula 12 April sehingga 26 Jun itu bertujuan memberi laluan kepada kerja-kerja penempatan semula utiliti untuk projek LRT3.


“Semasa penutupan lorong sementara yang telah diluluskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) ini, pemandu di Jalan Langat menuju ke Klang diingatkan supaya berhati-hati dan mematuhi tanda amaran.


“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi oleh pengguna dan menghargai kesabaran mereka sepanjang tempoh penutupan ini. Pelaksanaan ini demi kebaikan bersama bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang,” katanya.


Menurut kenyataan itu, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian hotline LRT3 di 1 800 18 2585.


Sumber: Utusan Online


#evolusibina #LRT3

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.