KUALA LUMPUR - Kontraktor projek Transit Aliran Ringan (LRT3), MRCB George Kent Sdn. Bhd., (MRCBGK) akan melaksanakan penutupan sementara dan mengubah aliran trafik di Persiaran Bukit Raja, Klang Selangor untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan ‘pier cap’ projek LRT3.
MRCBGK dalam kenyataan di sini hari ini berkata, penutupan akan dilakukan bermula dari pukul 10 malam sehingga pukul 5 pagi pada 6 Julai hingga 14 Julai ini (Isnin hingga Ahad).
“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi pengguna dan menghargai kesabaran mereka sepanjang tempoh penutupan ini. Pelaksanaan ini untuk kebaikan bersama dalam usaha meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang,” katanya.-UTUSAN ONLINE
Sumber: Utusan Online
Comments