Peniaga besar kepala, tak endah syarat berniaga


Penguat kuasa memotong sambungan dilakukan peniaga selepas menggunakan siar kaki sebagai tapak niaga kekal.

RAWANG - Bukan hanya menggunakan laluan pejalan kaki sebagai tempat memasak, malah pengusaha sebuah restoran di Taman Jati di sini turut mendirikan dapur kekal di kawasan tersebut.


Dalam Operasi Bersepadu Halangan Kerusi Meja yang diadakan petang tadi, penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bertindak memotong sambungan dapur statik itu untuk membersihkan lokasi.


Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, perniagaan berkonsep 'stall' itu masih meneruskan operasi meskipun lesen mereka telah ditarik.

"Lokasi tapak gerai ini telah ditarik lesen selepas melanggar syarat dan menyebabkan halangan dari kerusi meja yang diletakkan di bahagian parkir.

Kerusi meja disita MPS dalam operasi di Taman Jati petang tadi.

"Susulan itu MPS bertindak menyita kerusi dan meja, troli, dapur selain kompaun ke atas pemilik trak makanan (foodtruck) dan tiga pemilik gerai atas kesalahan pelanggaran syarat lesen," katanya.


Menurutnya, penguatkuasaan diambil di bawah Seksyen 46 (1) d Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Undang-undang Kecil Tred, Industri & Perniagaan (MPS) 2007.


"Operasi berjalan dengan baik dan terkawal serta tiada sebarang halangan dihadapi penguat kuasa sewaktu tindakan penguatkuasaan diambil," katanya.

Sumber: Sinar Harian


#evolusibina #Selayang

166 views0 comments

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2021 EvolusiBina. All rights reserved.