Penduduk Setia Ecohill 2 perlukan surau



KETIADAAN surau di kawasan perumahan di Setia Ecohill 2, Semenyih, memaksa penduduk ke surau yang terletak enam kilometer sejak setahun lalu.


Justeru, pembinaan sebuah surau yang boleh menampung anggaran 200 jemaah menjadi keperluan mendesak untuk dilaksanakan secepat mungkin.


Pengerusi Persatuan Komuniti Islam Setia Ecohill 2, Norzaidi Othman berkata, tapak surau seluas 0.2 hektar sudah disediakan pemaju namun persatuan penduduk perlu mencari dana untuk membina fasiliti berkenaan.


Menurutnya, setakat ini, permohonan pembinaan surau sudah diserahkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat untuk diteliti sebelum diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Pembinaan surau ini perlu disegerakan kerana penduduk terpaksa menggunakan surau di Bandar Tasik Kesuma yang terletak kira-kira enam kilometer dari kawasan perumahan kami untuk solat Jumaat atau solat berjemaah.


“Dengan adanya surau ini, ia akan memudahkan penduduk Islam beribadah selain ia boleh digunakan untuk program komuniti setempat,” katanya ketika ditemui.


Norzaidi berkata, persatuan penduduk merancang membina surau sementara terlebih dulu kerana kekangan dana namun berharap kompleks yang lebih selesa dapat dibina pada masa akan datang.


Katanya, persatuan penduduk juga kini sedang giat mengumpul dana pelbagai pihak bagi pembinaan surau sementara yang dianggarkan bernilai RM80,000.


“Bagi mempercepatkan pengumpulan dana, kami memperkenalkan wakaf tunai pembinaan surau bagi mana-mana individu yang berminat memberikan sumbangan,” katanya.


Orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan menerusi akaun Agrobank 1007-0210-0007-3668 atas nama Persatuan Komuniti Islam Setia Ecohill 2 atau menghubungi Norzaidi di talian 017-7567744.


Sumber: Harian Metro


#evolusibina #Semenyih #surau

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.