top of page

Penduduk mahu penjelasan projek menaik taraf belum siap


Penduduk mahu penjelasan projek menaik taraf belum siap
KERJA-kerja yang dijalankan di bahu jalan berhadapan dengan gerai peniaga menjual roti burger hingga menjejaskan laluan pengguna jalan raya di Kampung Pinang Jawa (Gita), di Petra Jaya.

Penduduk mahu penjelasan projek menaik taraf belum siap

KUCHING: Penduduk di sekitar Kampung Pinang Jawa (Gita), Petra Jaya di sini mahukan penjelasan daripada wakil kawasan mereka kea­daan sebenar status menaik taraf yang sering menjadi hala­ngan keluar dan masuk ke kawasan perumahan mereka.


Mohd Faizin, 41, berkata laluan yang mereka gunakan itu bukan sahaja membuatkan mereka ingin tahu apa projek sebenar yang dijalankan sejak 2020 tetapi juga menjadi pencemaran kepada persekitaran perumahan mereka.


“Sudah lama projek ini di setiap tepi jalan raya antara satu laluan di persekitaran perumahan ini, namun masih juga belum siap-siap dilaksanakan. Malah ia juga memberikan rasa tidak selesa untuk kami menggunakan laluan ini, lebih-lebih lagi ketika waktu puncak pulang dari pejabat.

Penduduk mahu penjelasan projek menaik taraf belum siap
Laluan pengguna jalan raya di Kampung Pinang Jawa (Gita), di Petra Jaya

“Memang sudah ada beberapa kerja-kerja siap dilakukan, dan boleh dikira berapa sahaja yang siap. Tetapi, jalan raya yang diturapkan selepas siapnya kerja-kerja berkenaan tidak rata hingga menyebabkan jalan raya di sekitar kawasan ini rosak,” katanya kepada Utusan Malaysia.


Sementara itu, Sureya Ariffin, 38, turut berkongsi kekecewaan yang dirasainya sebagai penduduk di sekitar kawasan perumahan tersebut.


Jelasnya, ketika musim perayaan kawasan tersebut membahayakan pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal. “Tidak hanya memberi kesan kepada pengguna disebabkan jalan yang tidak rata, juga kerana jalan di kawasan ini pada waktu malam yang gelap,” ujarnya.


“Kerja-kerja itu juga perlu mengambil kira beberapa kesan kepada penduduk setempat, kerana beberapa gerai peniaga yang menjual makanan di tepi jalan raya turut menzahirkan kegusaran mereka dengan persekitaran debu.


“Malah, ada beberapa pelanggan juga akui untuk memberhentikan kenderaan ditepi jalan yang agak sempit membuatkan mereka membatalkan hasrat untuk membeli makanan yang dijual. Ini sekali gus memberi kesan dari segi jualan peniaga di tepi kawasan terbabit,” ujarnya.


Sumber: Utusan


Penduduk mahu penjelasan projek menaik taraf belum siap

Comments


bottom of page