top of page

Pembinaan terowong di Setiawangsa bermula September


Pembinaan terowong di Setiawangsa bermula September Berita Harian www.bharian.com.my
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Projek pembinaan terowong di Jalan Mohd Yatim Yahaya-Jalan Setiawangsa di sini, dijangka bermula pada September ini.


DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya telah melantik kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja itu dan ia akan mengambil masa selama 12 bulan untuk disiapkan.


"Sepanjang tempoh projek dilaksanakan kelak, penutupan jalan dan lencongan sedia ada akan diteruskan sehingga projek siap sepenuhnya.


"DBKL akan memastikan pengurusan trafik yang diuruskan oleh kontraktor dilantik berada dalam keadaan teratur dan baik untuk digunakan oleh semua pengguna jalan raya," menurut kenyataan itu.


Terdahulu, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, dalam sidang medianya hari ini menggesa DBKL menyegerakan projek pembinaan terowong di jalan tersebut yang menjadi laluan utama penduduk, termasuk dari Wangsa Maju dan sebahagian yang menetap di Sri Rampai.


Sumber: Berita Harian


73 views

Comments


bottom of page